-->

✈ WANITA BESI #LEGEND

You and Me . We are the same . You're not perfect and it same goes to me . The FACT , nobody was perfect .

Assalamualaikum dan Selamat datang ! Berblogging is not my main work actually. Just to share what I've got and what I feel. So, just be youself here and be-respect other's Be cool haa ;)

29 October 2012

Something About Couple

Assalamualaikum.
Entry kali ini just nak share ‘bout something. Perkara yang aku nak share sekarang about ‘couple’. Dalam bahasa ibundanya aku tak berapa sure sangatlah apa bendanya. Tapi yang pasti, couple ni dah jadi trend pada zaman sekarang. Lagi-lagi untuk remaja-remaja nih. Rasa kalau tak couple tu tak hebat. Dan kalau couple tu memang hebat gilerr lah.
Ohh pelisss !! “Kombang tokak den dongaw nya ehh ! “. Haishh, aku pun tak paham weyh !
Aku bukan nak cakap apalah kan, just nak share statement yang  Couple itu HARAM. Haram itu DOSA. Dosa itu NERAKA. Tapi inilah perkara yang paling manusia seantara makhluk melakukannya. Kan? Kan? Kan? Aku bukan apa taw, yang paling aku tak tahan kalau dah ber-couple tu mesti akan ‘sweet’ giler sesweet  gula-gula lollipop.  Itu pun kunun !  Pantang orang kacau pasangan sikit, mesti nak melenting macam kena gigit ketam. Tak suka tahu !
Perkara yang aku cakap ni, bukan setakat cakap kosong ye.. Sebab sebenarnya aku pernah kena tempias baran-orang-bercouple ni.  Actually this case terkena pada kawan aku. Nak tahu tak cerita dia macam mana? Haa,, let’s story key J

>> Kawan aku tu, Ain (bukan nama sebenar) macej sorang mamat ni. Emm, for sure dia macej sebagai kawan sahaja. Tetapi, malang bin malapetaka nya, yang pegang no. mamat tu sekarang girlfie dia. Huh apa lagi.. si awek mamat tu tadi mengamuk sakan sama si Ain tadi. Dengan rasminya terjadilah Perang Pertalian kaum pada wall fesbuk cik Ain tu tadi. Komen si awek tu sikit tak panas bila baca. Dok pot-pet sana, pot-pet sini. Marah sangatlah orang macej pakwe dia tu. Konon-kononlah. So disitu, si Ain tadi memang kena ‘kaw-kaw’ dengan budak perempuan tu.  Aku dengan rela hati @ baik hati nya telah datang sebagai heroin untuk bekup Ain ni. Yelah, pada aku, tak salah pun kalau kawan macej kawan. Biarpun kawan lain jantina. Kan? Bukan dok menggatai pun ! <<

The conclusion is sebenarnya aku nak cakap, couple ni boleh mendatangkan banyak keburukan. First, macam kisah tadi iaitu dapat memupuk sifat cemburu terlampau dalam diri seseorang itu sehingga menyebabkan  persaudaraan pun boleh hancus. Second, boleh menjurus kearah maksiat. Well, faham-faham sendiri lah kan. Bila dah couple tu mesti rasa pasangan tu betul-betul dah jadi milik dia seorang. Dok pegang sana, dok pegang sini. Aishhh, geleman cheq !!  Pastu mulalah rindulah, miss you lah, i lop you lah, ajak jumpalah... Then mulalah dok rapat-rapat, mengada-ngada and what-so-ever.  Setan-setan sekeliling tu pun buat parti sambil  bertepuk tangan.
Adoii~ Aku ni memanglah anti dengan couple segala bagai nih. Bagi aku, kalau betullah syok sangat, haa terus masuk meminang. Habis cerita. Nak pegang sana sini pun kira halal kan? Dosa pun tak dapat, siap extra  pahala lagi sebab mendirikan masjid. And for me, Bercinta selepas kahwin lebih manis. Manis mengalahkan madu. Cewwah  ! Ayat aku !
 So, kepada cik-puan-encik yang budiman sekalian, fahamilah hukum tersebut. I’m not trying to be a Ustazah. But I just want to share my knowledge that I’ve know. So please kepada sesiapa yang baca entry ni dan geram kepada saya, silalah anda JANGAN  membaling komputer  atau iPad yang sedang anda pegang. Kalau bengang dengan statement dalam entry aku kali ni, diharapkan dapat bersabar dan renung-renungkan kembali. Sekian semua, Wassalam J 



Pssssstt : Kadang-kadang, yang manis itu racun, yang pahit itu penawar.

Thanks for reading, dear :')

Tangan menaip kepunyaan Unknown at 12:38 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

28 October 2012

Celoteh di Hari Ahad

Assalamualaikum and Annyeonghasaeyo !

Pejam celik, pejam celik, pejam tak celik-celik.. Tengok-tengok dah hari Ahad. Haa ??! Hari Ahad? Maknanya, aku kena beransur pulang ke hostel lah ye? ... Atoii, malasnya mak ! Bukan malas sebab apa, just malas sebab nak packing barang je.

Cuba kalau pejam mata rapat-rapat, sebut kata-kata azimat, BOOOOM ! terus sampai kat hostel. Kan seronok gitu. Tapi.... jangan bermimpi lah cik oii ~
*sungguhla kuno pemikiran aku ni kan -,-

Hmmm, untuk menunggu detik esok pagi, seronoklah. Sebab esok sekolah. Tapi aku datang sekolah bukan nak kerah otak untuk belajar. Tapi untuk bermain dan melepak. Hikhokk :D . Sebab kitorang dah habis exam besar iaitu Penilaian Main Roda. Senang cakap dah habis PMR. Nak kata merdeka tu ?? Ermm, tak merdeka sangat pun. Macam yang pernah aku cakap, selagi tak dapat result, takyah nak merdeka sangatlah. Cuma bebas dari buku sllybus P&P sahaja. Bukan bebas daripada semua buku pun sebab semakin habis PMR, semakin rajin pulak kawan-kawan aku baca buku hok tebal-tebal tu. Kadang-kadang ada yang tebal mengalahkan Kamus Dewan Bahasa pulak aku tengok. Tapi buku versi ni best dan terbaik. Sebab cover dia semua cun-melecun, berwarna-warni and the most important is jalan cerita dalam buku tu mesti mantap. Tak sah kalau hero tak hensem, Heroin tak cantik. Tahukan maksud 'buku' yang aku cuba sampaikan ni. Hehehe...
Back to the point, so dari saat ni aku dah nak start packing barang dah. Nak balik ke hostel ter-chenta. *muka blurrrr . Aku yakin orang-orang yang mmpunyai kerjaya sekarang ni pun tengah menyibukkan diri bagi menyiapkan keperluan untuk esok hari. Kepada doktor pakar, mesti tengah siapkan alatan-alatannya untuk bedah orang esok. Ehhh yeke? Kepada student, mesti sibuk tengah nak siapkan homework yang cikgu bagi dari start cuti haritu. Kepada cikgu, mesti tengah asah rotan nak rotan pelajar yang tak siapkan homework yang diberi. Kan ? Ngehehehe...
Well apepun, kita sebagai seorang manusia memang macam nilah jalan hidupnya. Sebab pernah aku dengar orang kata 'hidup ini umpama roda'. Hang pusinglah tara mana pun, kembali balik pada asalnya. Jadi balik perkara mula-mulanya. Jadi, hargailah hidup dan rekalah kehidupan ini dengan penuh warna-warni supaya sentiasa ceria. Supaya takdeklah rasa hidup ni lifeless. Bosan je memanjang. Dan banyakkan melakukan perkara yang baik-baik sahaja supaya balasan yang kita dapat balik tu nanti pun perkara yang baik-baik sahaja. Akhirul kalam, renung-renungkan dan selamat berubah ~ *kunun !
Sekian, wassalam :D
Thanks for reading, dear :')

Tangan menaip kepunyaan Unknown at 02:04 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

25 October 2012

Hari Raya Korban

MAK  : Hari ni bapa Zulhijjah ?
ANAK : 9 Zulhijjah mak.
MAK  : Haaa?! Apee?! Kalau hari ni 9. Esok mesti 10. Kan ? ? ?
ANAK : Yes, mak !
MAK  : Maknenye, esok Hari Raya Aidiladha ?
ANAK : *muka fedup. YE mak oiii ~

Mulalah si emak terkocoh-kocoh menyiapkan persiapan bagi menyambut Raya Aidiladha. Time tu jugak suruh si ayah bakar lemang. ( amboi, mandat besaq betul mak kau main suruh-suruh bapak :O ) Suruh si monyet panjat pokok kelapa sebab tak cukup santan.
Suruh si abang carikan kambing/lembu/kerbau nak jadikan gulai esok. Suruh si kakak hiaskan rumah. Dan suruh si adik bermain jauh-jauh ( supaya tak menyibuk time-time orang nak buat kerja) untung-untung~

Mungkin ade yang macam ni situasi sehari sebelum raya. *Ehh ade ke? MAYBE. Well, kan bila hari raya puasa ramai yang alert sebab alarm sebelum raya tu puasa. Ni, kalau hari raya koban? Tak ber-alarm pun. Opppps! Sila-silap-silap. Sebenarnya ade sahaja alarm sebelum hari raya puasa nih. Maybe kepada sesiapa yang tak berapa ambil kisah, dia tak sedar kot. One of it is kita disunatkan puasa sehari sebelum Hari Raya Aidiladha ni. Its mean, hari ni lah :) Hehehe... Kepada sesiapa yang puasa pada hari ni, I tabik spring tuing tuing kat U all. Memang terbaik! Tapi kepada sesiapa yang tak sempat nak berpuasa hari pun, it's okay... Kita cuba next year pulak eh ?

Okayy, segembiranya kita nak sambut hari raya aidiladha ni, korang tahu tak ada yang masih bersedih ? Kueng.. kueng.. kueng... ianya segerombolan haiwan yang mempunyai ekor. Berkaki empat dan tak berakal.


sumber I LUV ISLAM
Alhamdulillah. Ade jugak lembu yang sebegini rupa, baguiih baguiih . Semoga korang dirahmati Allah. Ahaks !

sumber PIIOWN

Ohhh, hamba yang melihat dapat rasakan betapa cuaknye engkau wahai kerbau. But it's okay. Kau telah membuat jasa yang terbaik buat kami para Muslim dan Muslimah sebab kau sanggup bergadai nyawa semata-mata bagi mengenyangkan perut-perut kami :) Tengkiu yaw !

Hee~ belakang rumah aku ni pun dari tadi tak habis-habis dengar lembu mengaum. *ehh, lembu mengaum ke ? Apa-apa jelah. Yang pasti, aku dapat rasakan dia sedang merintih kegelisahan. Nak kesian? Memanglah kesian. Tapi nak buat macam mana. You all terpaksa redo jelah ek :))

Baiklah, di sini aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah. Sekian, Wassalam.




Sticky note for my lovely Uda,
Even sekarang uda beraya di negara orang, Mesir...
Adik harap jangan lupakan kami di sini, Malaysia.
Enjoy your day there ! Bye-bye !


Thanks for reading, dear :')

Tangan menaip kepunyaan Unknown at 01:17 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

24 October 2012

CIKGU ~ :(

Kau datang dan pergi oh begitu saja
Semua kuterima apa adanya
Mata terpejam dan hati menggumam

Di ruang rindu kita bertemu

Assalamualaikum.
Cikgu, terlalu banyak saat manis yang cikgu ciptakan di sekolah kami walau hanya sekejap saat yang diberkan oleh Allah. Kini tiba masanya cikgu nak pergi? Di saat semua warga sekolah dapat menerima kehadiran cikgu dengan penuh kegembiraan dan keriangan? Cikgu telah banyak berjasa pada sekolah ni, kepada pelajar sekolah ni dan kepada cikgu-cikgu lain di sekolah ni. Cikgu sedar tak? Tengoklah jasamu wahai guru. Stor sukan yang dahulunya dibiarkan bagai hidup segan mati tak mahu telah berubah 100% menjadi sebuah bilik yang sangat selesa untuk diduduki dan terlalu selesa untuk kami, para pelajar PASCA PMR nak melepak. Heee. Cikgu sedar tak ni pengorbanan cikgu sangat kami hargai dan berharga? Andai kata masa boleh berputar kembali, saya akan memilih untuk menjadi pelajar paling baik dengan cikgu. Tak ada niat nak mengorat pun. Tapi hati ni penuh dengan niat ikhlas nak membantu. Membantu? Yes! membantu apa-apa sahaja yang boleh. Saya perasan seluruh warga sekolah ni dapat memerima cikgu dengan baik. Dan ya, kami sangat senang dapat cikgu macam cikgu. Nak dibuktikan, majlis perpisahan yang dibuat untuk cikgu pun nampak eksklusif dan meriah. Banyakkan hadiah yang cikgu dapat? Dan yang paling berharga untuk cikgu mesti kemeja -T dan kad comel tukan? Hahaha. Cikgu, saya harap sangat rezeki kita untuk berdekolah di satu sekolah dapat lagi ditunaikan oleh Allah. Oleh itu, saya akan sentiasa mendoakan supaya cikgu dapat menjadi pendidik di sekolah saya ini lagi. InsyaAllah, dengan izin Allah. Sekali lagi saya nak cikgu tahu, cikgu merupakan cikgu praktikal yang paling the best pernah saya temui. Andai kata ada jodoh untuk bertemu lagi, kita jumpalah. Tak kira di mana dan pada waktu bila. Terakhir, saya mohon supaya cikgu jangan lupa kenangan manis dan pahit sepanjang cikgu berada di sekolah ni walaupun pada suatu hari nanti cikgu takkan menjejakkan kaki ke sini lagi. Saya harap harapan saya ini bukanlah satu harapan yang sia-sia. Sekian, terima kasih.



*for the real is, word of cikgu itu prefer untuk cikgu-cikgu. its mean dua orang cikgu :)




jasamu dikenang :')


Thanks for reading, dear :')

Tangan menaip kepunyaan Unknown at 10:36 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

23 October 2012

Antara Mereka ?



Assalamualaikum.

Hello, yo wazzup wazzup ??  *ceh! bajet otai pulee :))
First of all, nak btaw bahawa entry ni ditulis sebab kebosanan yang amat sangat telah melanda hidup aku malam ni. I've got nothing to do. So, let me celotah-celoteh sikit kat sini.
Hmmm,, ingat lagi tak pasal kes saman menyaman dulu tu? I mean between Syarikat Apple ngan Syarikat Samsung. Ingat ?? Ingat ?? Ingat ke tak ni ?? Ke.... lansung tarak tahu pasal kes ni ? Aiseyy, kalau betullah tarak tahu pasal kes ni, memang korang 'manusia tanpa life'. Sama je maksud dengan 'katak bawah tempurung'. Hehehehe. Okay, takpe. takpe.
Now, back to the subject.
Hari tu, lepas aku usha-usha gambar dalam internet ni, aku terjumpa SATU gambar yang saaaangatt menarik.

treengg teng tenggggggg !  *bunyi drum sekuat-kuat alam sambil tirai terbukak~ TARAAAA !!


"Gambar menunjukkan si Apple sedang tekun mencipta ideanya sendiri. Si Samsung pula dok sibuk-sibuk meniru idea si Apple tadi. Dan si Nokia yang duduk di belakang sekali sedang pegang kepala, tanda sedang tension. Tension apakah? Tentulah tention sebab tak dapat nak cari idea sedangkan si Apple dengan si Samsung tadi sedang berusaha mencipta dan meniru." 
Nampakkan permainannya di situ? HAHAHA. terujalah anda selepas anda melihat gambar ini. *Psssssttt, aku pun teruja sebenarnya!.
Pandai dan kreatif kan siapa punya idea nak bikin gambar ni. Yang tak boleh blah, gambar ni betul-betul sama dengan isu semasa yang sedang hangat depertikaikan tadi. Kalau fikir betul-betullah, memang macam ni pun situasi ekonomi diorang. Don't you notice yang sekarang ni bentuk henset Samsung ada ala-ala Apple sikit? Nokia pulak dah tak berapa digunapakai oleh masyarakat sekarang. Perasan tak? Perasan tak? Kalau aku, aku sangat perasan and setuju dengan gambar ni. Hehehe :) . Tapi, jangan confident sangat. Sebab aku pun tak tahu mana kesahihan otak aku mereka-reka isu ni. Kang tak pasal-pasal pule aku kena saman sebab buat statement yang sebegitu rupa. Jadi, pandai-pandailah korang nak fikir macam mana okey. So, selamat memahami entry aku kali nih. Okaii, bai-bai =') !!!



"Apple angan-anganku,"
"Samsung keterujaanku,"
"Nokia kegunaanku."

Thanks for reading, dear :')

Tangan menaip kepunyaan Unknown at 10:07 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

21 October 2012

Kesibukan Diri dengan PMR

Assalamualaikum.


Adoii, dah lama kan jari-jemari yang runcing bak Taylor Swift ni dah tak tulis entry. Bukan sebab tak ada idea, jauh lagi kalau sebab malas. Sebenarnya, aku ni tadek masa. Bak kata om-putih as busy as a bee gituh~

Nama pun minggu lepas adalah minggu PMR's examination. So, secara rasmi bin hakikatnya my schedule was totally full. Lagipun, kat asrama kan takleh bawak gadgets. So, nak tulis belog macam mana. Pakai kertas kajang? * errrrkk?

Seperti sedia maklum, PMR's examination dah tamat. The end. Fullstop. Tapi ingat, kita ni sebenarnya belum Merdeka pun lagi. Seab result tak dapat lagi. Malulah kalau berie-berie laung merdeka, tapi nanti result macam tahi.

Alhamdulillah kepada Allah sebab sepanjang aku menduduki peperiksaan ni, aku tadek lah kena perkara-perkara yang tak sepatutnya. Contoh blank tengah-tengah buat karangan. Alhamdulillah, aku boleh jawab semua paper dengan lancar dan okeyy sahaja.

"Cuak tak PMR"

"Ermmm, cuak? Eh mestilah! Tipulah kalau akak kata akak tak cuak"

"So, boleh jawab dengan baik tak?"

"Alhamdulillah, boleh je. Nak tak nak terpaksalah jawab jugak"


Itulah antara soalan yang ditanya oleh budak-budak form 1 atau form 2 kat aku. Boleh dia tanya cuak ke tak? Alahaii, soalan jenis apa lah yang ko cilok tu :I ~ Mestilah dalam diri kita ni ada perasaan gementar tu. Walau orang sepetah mana pun bercakap, mesti ada punya perasaan gementar tu. Tak 50%, 10% pun jaaadilah.

For candidate yang lain, korang rasa soalan-soalan paper PMR ni senang ke susah? Ada sesetengah kawan aku cakap senang. Ada sesetengah lagi ni cakap susah. Yeah, can't deny yang memang ada pun beberapa paper yang 'agak' susah la. Tapi syukur, Allah bukak pintu hati aku ni, dapatlah jugak menjawabnye.

So, to all PMR candidate, I wish semoga badi tuah sentiasa ada pada diri kita dan insyaAllah semua berjaya dapat result yang best. Aaamiiin~ Dan korang, perbanyakkanlah solat hajat dan doa tu supaya Allah lembutkan hati pemeriksa sekalian. Aamiin~

Thanks for reading, dear :')

Tangan menaip kepunyaan Unknown at 09:58 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)




I'am SleeQmovement

Jejak Kasih Sayang

Let's find me !

Instagram

Wishing for...

11A+ SPM
LOVE
KERJA-II AMAL
TAK STREAMING '14

Blog Archive ®

  • ►  2013 (4)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2012 (33)
    • ►  December (6)
    • ►  November (9)
    • ▼  October (6)
      • Something About Couple
      • Celoteh di Hari Ahad
      • Hari Raya Korban
      • CIKGU ~ :(
      • Antara Mereka ?
      • Kesibukan Diri dengan PMR
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)

Feedjit

Ohhsem Bloggie

  • BEN ASHAARI
    Tips hilangkan lemak badan secara mudah !
    1 day ago
  • ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !
    Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 34 #AJL34
    5 years ago
  • Yuyu Zulaikha
    Makeover Ruang Tamu Raya Baru
    6 years ago
  • Fatin Liyana
    Cara Atasi Susu Badan Terlalu Banyak (How to overcome oversupply of breast milk)
    6 years ago
  • .
    PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
    10 years ago
  • ! @BloggerBlogTutorial@ !
    Hasil karya ku kena delete
    12 years ago

Hello peeps !


✈ OWNER

Unknown
View my complete profile

ASK.fm :)™

↓F.R.I.E.N.D.S↓


"laugh for a better day"

This is my way. Alhamdulillah
Daisypath Vacation tickers

Let's Sing !

Superman Logo
inashatelove. Powered by Blogger.

sponsor by The.Fabulous

the
Powered By Blogger