-->

✈ WANITA BESI #LEGEND

You and Me . We are the same . You're not perfect and it same goes to me . The FACT , nobody was perfect .

Assalamualaikum dan Selamat datang ! Berblogging is not my main work actually. Just to share what I've got and what I feel. So, just be youself here and be-respect other's Be cool haa ;)

31 December 2012

Ending 2012 :)


01.01.2013 - "HAPPY NEW YEAR GUYS!!"

Tup tap tup tap dah masuk tahun baru. Rasa macam sekejap je sangat masa berlalu. Too faster, rite? Umur pun makin meningkat. Rintangan dan cabaran dalam kehidupan pun makin mencabar. Huhhh! Say goobye to 2012 :) Nanti mesti rindu dengan kenangan-kenangan di waktu lepas. Dalam tahun 2012 ni, aku dapat belajar banyak menda. *yeah, al ots of memo than others year. Ada yang baik dan ada yang buruk. Actually tu semua ujian yang Allah berikan untuk hambanya. Untuk melatih kita supaya sentiasa mengingatiNya dan menjadikan kita orang yng lebih matang. Erk? matang?! Okey, tak sangat! T.T

Yang baik semuanya tercipta dengan indah. Dalam tahun 2012 aku dapat kenal erti persahabatan *cewah! Yelah, macam mana nak cari kawan yang sesuai, yang boleh bawak bergurau dengan secara overnyaaa dan kawan yang boleh bawak menghadapi susah dan senang bersama-sama. Bukan senang tahu nak cari kawan cam ni. Memerlukan tempoh masa pencarian yang lama. Hemm, lama. Yelah, certain time kita tak tahu kawan yang kita berkawan tu dalam masa yang sama menjadi 'kawan makan kawan'. Depan puji melambong. Belakang kutuk berbakul-bakul. Zaman sekarang.... :( Jadi, dalam tempoh Januari hingga Disember 2012 ni, aku dapat cam mana kawan yang boleh buat bawa susah senang bersama. Malas nak mention siapa-siapa. Privacy, isn't? 

Dalam tempoh tu jugak, aku dapat macam-macam-macam dugaan. Errk dugaan banyak lah kiranya tu :8 Dahlah mencabar tahap petala kelapan! :( Kes ni pun aku malas nak cerita sebab agak mendasyatkan. Kang korang baca, tak boleh tidur pulak kang. Hahaha! Tapi dalam semua dugaan tu, aku tak lalui sorang-sorang. Aku lalui berteman. Ditemani insan-insan yang bergelar SAHABAT. Yeah! Sahabat yang sanggup lalui jerih bersama. Diorang tak main lepas tangan dan diorang care about kesusahan yang melanda aku, member lain dan diri diorang sendiri. Wuuu~ That's called Sahabat sehidup semati. Hewhew :D
Semua orang pernah mengalami susah dan senang. But depends lah kan macam mana cara Allah nak turunkan dugaan itu. Maybe lebih berat dan maybe lebih ringan. Tapi jita kena selalu beringat, "Allah tidak menduga hambaNya dengan dugaan yang tidak boleh mereka atasi" Jadi conclusionnya, semua dugaan yang kita dapat ni, sebenarnya kita BOLEH atasi. Cuma berlainan cara je. Dan yang penting, ucapkan Alhamdulillah.

 Aku rasa selama aku jadi pelajar, menjadi pelajat tingkatan 3 paling bahagia dan paling nakal. Haaa macam-macam perkara aku cuba. Contohnya fotostat muka di bilik guru. Ehh tapi time tu cikgu tiada, ada meeting. Entah angin mana yang memanggil aku buat gitu. Tapi sumpah kelakar gila time tu. I wish I can have it once again :*

 Dan cerita w/ family, hemmm tiada banyak. Sebab dari dulu sampai sekarang semuanya still maintain. Baik-baik harmoni belaka. Cuma satu je, tahun ni merupakan tahun pertama hidup dalam bulan Oktober untill Disember dengan ketiadaan kak Uda aku. Dia dah sambung belajar ke Mesir lah. Tapi itu tak jadi satu masalah yang besar. Sebab we'all masih sama semuanya. Mmuahh untuk semua family members. Kahkahkah !! (ciri-ciri anak solehah) ^^V

Alhamdulillah jugak kepada Allah sebab masih beri kita peluang untuk bernafas pada tahun 2013. Didoakan agar kita dipanjangkan umur dan sentiasa dibawah keredhaanNya. Ameeen *tadah tangan raup muka*
Jadikan tahun 2013 ini kebih bermakna , jangan bersedih dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Semoga dosa-dosa kita telah dihapuskan dan kita tergolong dalam golongan orang-orang yang bertaqwa :)

Memory of 2012
dengan KAWAN :')

I'll miss my half :) 3 Ibnu Sina

Resepsi Hari Sukan Sekolah :D

Lawatan ke SABS dan Muara Resort
PASCA PMR. Doktor untuk adik-adik. *huhu
Sambut Hari Raya AidilAdha dengan family Busu :))

Camping Pandu Puteri Kebangsaan di Melaka :D

With HidayahMYusri. Alhamdulillah.
Pergi celebrate ramai-ramai selepas dua hari dapat result :)

We share same interest. Gila pilot aka Kapal Terbang. *gila -.-"
Menghabiskan sisa-sisa malam 2012 dengan makan malam dengan keluarga. K, keluarga terchenta. Muahaha! Cuma kurang dua members je lagi :'/
Bak kata Benz Alif dalam aA+bB :
"Start the day with something sweet and end it with something sweeter" 
<3 <3 <3
Aku tak faham kenapa semua orang tak ready nak bergambar :/ *haha

Wassalam 2012 . AsSalam 2013 



Thanks for reading, dear :')

Tangan menaip kepunyaan Unknown at 22:05 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

30 December 2012

Bukak Sekolah Dah?

 Hye dan Hello semua. Lama aku tak datang melawat blog ni. Well you know, sebagai seorang pelajar, aku saaaangat sibuk disaat ni. Yeah, saat nak bukak sekolah. again, menghadap buku, asrama cikgu dan kawan. Dikala hari isnin, selasa, rabu, khamis dan jumaat tak mungkin nak tengok TV, Movie, bangun lewat, mandi lambat. Pendek kata, tak ada dah semua aktiviti yang dijalankan di waktu cuti sekolah ni dan mungkin akan bersara daripada menjadi seorang penternak lemak yang sukses. uahuahua :D
Semua itu akan diganti dengan blajar, ulang alik sekolah-asrama, pergi dema (dewan makan), beriadah. Pokoknya, semua aktiviti yang meletihkan tapi dalam masa yang sama akn menyeronokkan. Seronok sebab dapat buat aktiviti bersama kengkawan.Dan semua aktiviti tu merupakan aktiviti yang bagus. Cuma itulah, disaat aku menaip ni pun, boleh kira berapa jam je lagi aku akan berrada di asrama untuk mendiaminya. Maybe dalam 25 jam je lagi kut. Omaigud! Malasnya nak packing stuffs -.-" Mesti bebondong-bondong beg nak bawak. And thanked God sebab dalam masa cuti ni, satu homework pun cikgu tak bagi. Kalau takkk aku tak boleh bayang sama ada aku dah siap ke belum. Emmm dah kut? Akukan pelajar rajin. Hahaha!
Nasib baik dalam masa cuti ni sempat pergi jalan-jalan. Kalau bukan luar negara pun, at least luar negeri ye dakk? Dan syukur sempat jugak balik Melaka. Bak kata kawan aku, nasib baik balik jugak Melaka, kalau tak mesti resah nak belajar nanti. Haa over betul perumpamaan dia. *btw, mak bapak dia orang Melaka. Thats why kalau balik sana dia mesti cakap kat aku jugak. Kut ye berjodoh, jumpa pulak we ols kat sana ;)

Secara rasminya, masuk detik 12 tengah malam nanti, tahun 2012 akan melabuhkan tirai. Dan tahun 2013 akan muncul daam hidup kita. Wahhh dah naik form 4 dah aku. Tua ganyut! Kiranya Im goingg to take 11 subject in my exam! Hewhew. Satu cabaran yang agak besar. Itupun sebab aku yang nak ambil aliran sains agama. Saja nak sambung sllybus arab. Sayang rasa nak tinggal setelah tiga tahun berhempas pulas blajar bahasa tu. Jadi lepas ni aku tak boleh nak 'hu.ha.hu.ha' sangat. Be matured pulak. Kahkahkah. *goli den dongaw! Bak kata depa, lepas ni kena deact facebook account sebab nk bagi tumpuan sepenuhnya untuk bljar. K, insyaAllah lah yek :) Kalau I rajin, I deact.
So, malas nak cerita panjang. Aku nak sambung mengemas barang balik. Bubai dan Assalam ^^V

Thanks for reading, dear :')

Tangan menaip kepunyaan Unknown at 21:33 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

23 December 2012

Perasaan Beliau?


For the moment. Just nak share apa yang ada di benak aku sekarang. 

One day, aku ada tweet pasal issue 'pergaduhan' antara Syarif (SleeQ) dengan Amanda Imani. Pernah dengar tak pasal ni? K, kalau tak takpelah. Lagipun ini cerita sudah basi oo. *back to the main* Aku tweet pasal video perdamaian mereka sebenarnya. Perdamaian selepas bergaduh, kunun-kununnya. Aku terjumpa video ni pun sebab malam tu aku betul-betul dah tak ada kerja. Jadi aku mencari kerja dengan gali balik semua video berkenaan dengan sleeQ. So, lepas aku tengok video tu, aku tweet

 Nampak tak tweet aku tu lebih kepada menyebelahi Syarif? Means, dalam issue gaduh-gaduh ni, aku macam kata "Syarif tak salah lah". Haha. Bukan 'macam'. Tapi lahir dari dasar lubuk hati. Dan tweet itu telah di-favourited oleh artis wanita tersebut, Amanda Imani. 


See? Nasib baik aku tak cakap lebih-lebih. Kalau tak, mampos aku kena bash -.-" Ohmaiiii !
Dan sejurus selepas itu, beliau terus follow aku.


Hurm, maybe sebab aku ada mention nama beliau barangkali? Sebab tu Kak Amanda terus follow. Haha!
And I don't know how does she felt bila baca tweet aku tu. Hopefully beliau tak rasa geram atau benci. *errkk :/

K, done here. Actually aku saja nak bercerita mengenai ni. Sebab saja nak share dengan uolls macam mana agaknya nak describe perasaan beliau? Hewhew ! Alright, Sekian dan Wassalam ^^V



Thanks for reading, dear :')

Tangan menaip kepunyaan Unknown at 07:53 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

20 December 2012

Result ooo Result

 
Ahlan Wasahlan ya kawan-kawan :)
*one word sebelum apa-apa "Alhamdulillah" Pheww! Sedar tak sedar semalam para pejuang PMR dah dapat keputusan sendiri. Mesti tahu kan? Ianya adalah antara perkara yang kira penting untuk negara, sekolah dan diri sendiri. Dan saya, sebagai salah seorang dari batch 97's secara rasminya telah pun dapat keputusan PMR sendiri. Jeng! Jeng! Jeng! *just jeng jeng for my result actually -.-
Nak tahu keputusan aku? Naaa.. "ianya adalah satu keputusan yang tak dijangka. LANSUNG. Oleh sesiapa, maybe. Bahkan oleh diri aku sendiri. So, just straight to the point, I've got 9A yaw! Alhamdulillah, rezeki Allah bagi kali ni. And I'm so proud of myself. Ehh tapi bukan nak membangga taw. Jauh sekali nak riak! Just aku bersyukur sebab..yelah, aku sendiri tak sangka. Haha.
The moment masa ibu call pagi-pagi tu, aku dah rasa berdebar. Time tu ibu kat sekolah dia dah untuk umum result anak murid dia. Call tu abah yang jawab. "bla..bla..bla.." Aku tak tahu apa yang diceritakan. Tapi yng pasti tentang serba-serbi result PMR lah kan. Lepas putus panggilan tu, abah cakap "Cepatlah bersiap. Ramai dah ada kat sekolah." *riak wajah yang selamba tanda tak over-happy. "Ibu cakap sekolah Pinas dapat 13 orang je straight." Oh Allah! Time tu rasa tak tahu nak describe macam mana rhope hati aku. Kecewa? Mesti. Sedih? Mesti jugak. Sebab 13 je. Dan time tu, sah-sah lah aku fikir "I'm not among them" K, pasrahhhh. Gila baik kau Syafinaz T_T. Dan time tu jugak aku hampir merayu kat abah nak tahu result aku berapa. Sebab aku ni, cukuplah tak gemar surprise-surprise result kat sekolah. Better tahu awal dak?? kut ye tak dapat cemerlang, boleh terus bungkus badan balik rumah kan. Tapi abah tetap berkeras tamau bagi tahu. Dan segala jujurnya aku cakap "Alah, bencilah surprise ni!"*muka emo tak tentu pasal. Ggrrr. Nak tak nak kena pergi jugak sekolah, tunggu result dengan hati yang sikit punya nervous. Jujur tak pernah rasa nervous camni. Haha! Malam tu dan haritu, first time aku rasa memang cuak bebeno. Dan ketika itu baru aku terfikir betapa gagahnya mereka yang dah lalui saat-saat seperti ini. Rasa macam nak tunggu kena gantung mandatori jeee. Hahahahahahahahahahahahaha *k, beria. Maap.
Alright, kita sambung.. So lepas dah sampai sekolah tu, gather lah ramai-ramai ngan kawan-kawan. Semua buat muka aci selamba je konon. Kononlah kan. Padahal dalam hati tu dup dab kemain. Jujur aku cakap kat Amoi yang aku pasrah tersangat pasrah kalau dapat 8A atau 7A. Sebab apa aku fikir gitu? Hishh, aku sendiri pun tak tahu kenapa. Hati ni mengada-ngada fikir cenggitu. At least aku tahu, aku dah buat sehabis baik dalam exam kalau itu je takdir A nya. And tak dapat dinafikan muka Amoi pun pasrah habis. Haha. Dua-dua tengah hati merana. Then tak lama lepas tu, cikgu ajak semua murid dengan ibubapa mai masuk dewan. Dah nak start. K, masukkk T_T
Dipendekkan cerita, lepas ayahanda aku berucap, dah tiba pulak saat-saat yang ditunggukan. Cikgu dah start announce satu persatu nama-nama budak yang dapat straight. Mak oiiii! Menggigil tangan cheq. Dan apabila diumumkan nama "Nurul Syafinaz binti Azaha..." Loading sekejap. Alhamdulillah. Sengih melebar. Naik atas pentas. See? Mudahkan? Bhahahahaha. Rasa syukur yang tak terhingga doh. Entahlah kenapa aku rasa, ramai budak ngan cikgu yang terkejut.Sebab tak menyangka kot *waa kejam gila ayat :'( Hee, okey, tak lah. Aku tak tahu lah diorang sangka ke tak. Tapi yang pasti aku tetap tak sangka. Waaa, betapa besarnya kuasa Allah kan :') Alhamdulillah, impian aku nak rasa 9A akhirnya tercapai. Bukan senag woh untuk aku. Untuk aku lah. Untuk orang lain, aku tak tahu. Describe feeling : Happy yang teramat sangat. Tapi dalam masa yang sama, aku sedih jugak. Sedih untuk kawan yang lain. Yep, ramai yang kantoi Bahasa Inggeris. (bukan Bahasa Arab). Aku pun pelik. Dan pastinya satu negara pun pelik sebab apa tahun ni BI menjadi killer subject sedangkan ssebelum ni, prestasi BI okey dan sedang-sedang jee. Entah! Tapi apa-apa pun, aku tetap bangga ngan depa sebab stay cool dan happy. Setakat B dan C tu, naaa tak ada apa sangatlah. Dah rezeki disitu. Tapi yang pasti, korang sendiri tahu dan aku sendiri percaya yang korang dah buat sehabis baik dah ketika menjawab. Siap 'puh sana. puh sini' lagi tu. Kan :)) So, let gone bygone. Jangan frust k. "Kita tetap Terbaik." InsyaAllah rezeki SPM ada lagi. InsyaAllah lah SPM dapat kekalkan prestasi yang lebih baik. Ameeen. And for those yang ambil aliran Bahasa Arab untuk form 1,2 and 3 ni, aku sarankan agar stay dengan aliran Sains Agama okey. Nak lepaskan untuk naik form 4 ni rasa sayang. Sebab kita dah bertungkus lumus hafal itu-ini untuk 3 years ni. Bak kata unstaz, "Arab xsusah mana lah. Ada je yang dapat A+" Hewhew. Sungguhlah itu satu ayat yang memberi motivasi.
Jadi, disini aku nak ucapkan RIBUAN JUTAAN MILIION Terima Kasih kepada sesiapa yang telah mendoakan kejayaan aku dan kawan-kawan yang lain untuk menerima keputusan dengan hati yang redha. Dan juga doa korang agar kami dapat keputusan yang serba cemerlang biarpun tahun ni agak menurun peratus budak straight. Most for my teachers, "Terima kasih banyak-banyak sebab sudi mengajar, mendidik, luangkan masa semata-mata inginkan kecemerlangan untuk saya. Terima kasihhhhh!" Dan untuk family, "Weheee! Gumbira rasa dapat 9 ni! Haha. Terima kasih jugak sebab sentiasa support untuk semuanya. Doakan untuk SPM pulak nanti yee :))"
 
Sekian, wassalam ! Nite heyhooo :D
 
Muka over excited. Hahaha :)

Salah timing :/ *aku je nampak berie di situ :p


K, keluar newspaper. Tapi Sinar Harian jelah. Buat pe nak lebih-lebih. Hewhewww~

Tahniah buat kawan-kawan yang turut straight A : Raihana, Alia, Suhada, Baiti, Hasif, Akmal, Hidayah Yusri, Hidayah Omar, Zariha, Adibah, Fatihah dan Ellyana :)
 
@ Untuk Sekolah, maaf sebab jumlah budak straight menurun. Tapi GPS kita naik apa :) Dan Alhamdulillah, tiada yang gagal !
 

Thanks for reading, dear :')

Tangan menaip kepunyaan Unknown at 07:30 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

12 December 2012

Group Kesayangan Terbaru :p

Assalamualaikum. Hai haiii :) Lama dah tak bersua kan? Sorry..Lately ni, aku rasaaa terlampau malas nak menggatalkan tangan untuk menaip-naip nih. Sebab tu lah malas nak update belog. Tak kurang jugak, sebab aku busy mengalahkan Perdana Menteri baru terima jawatan. Haha. Tapi disebabkan aku takut belog ni bersawang merata, aku telah merajinkan diri yang memang...Rajin gilak. *erk? . So, dengan kerajinan waktu ini, aku berbesar hati jugak nak menaip. Hewhew :)) Apa khabar semua? Sihat? Alhamdulillah. Tak sihat? Bunuh je diri tu. *lol #Gurau
Alright, alang-alang dah tak ada idea sangat nak berceloteh apa kat sini, aku just nak share serba sedikit dengan you'ollz dengan.........Group Kesayangan Terbaru saya! Haaaa, teruja tak? teruja lahh! teruja lah!!! -,-
Jadi, lets chekidout siapa gerangannya? Nak kata Super Junior? Hemm, tu memang aku adore dari dulu. Nak kata 4Minute? Eyuuuuuu! Tak kuasa den nak minat. So siapa???? Jenggg jenggg jenggggggg !

Mempersembahkan kumpulan 

ONE DIRECTION !!!! 

(bunyi drum plus orang tepuk tangan plus sorakan gemuruh)

(baby you light up my world like nobody else. bla..bla..bla..)

Kuikui. Kenalkah anda dengan mereka? Ohh saya pasti, anda sudah kenal lagi arif dengan mereka. Kan? "Aku je lambat -,-' " . HAHAHA. Tak lambat pun sebenarnya aku kenal mereka. Actually, masa first debut diorang tu, aku dah kenal. Cuma, kenal. Kenal sahaja. Kenal tapi tak adore. Haa, ala-ala gitu ler. Tapi tak tau kenapa naik cuti ni aku tiba-tiba kene demam jadi DIRECTIONER. Tahu tak apa tu? Itulah nickname untuk peminat-peminat abang-abang One Direction. *ecehhh, abang gitu lohh XD. Nak kata lagu the latest dia tu best?? Aku rasa lagu depa dariii dulu lagi dah best. Tapi entahlah kenapa sekarang dan kini aku meminati mereka. Dan baru sekarang jugaklah aku mula juling-juling mata tengok betapa comels nya mereka! Oh Allah !! Kiut sangat. Tak sah kan kalau dalam satu grup yang kita minat tu, tak ada yang kita crushkan separuh mati?. hahaha! Begitulah jugak yang terjadi dengan aku. Dalam lima-lima ahli ni, aku paaaaling minat dengan si jejaka kiut yang bernama Niall Horan. Hewhew! Comel gila. Mata cantik. Nampak cam humble je. Cehh >.< Kedua pulak aku crush kat Liam Payne. Hencemmm. Lagi-lagi dalam video klip lagu Live While Were Young. Hak first nyanyi tu. Haaa hensem kan? :) Tapi minat-minat aku kat diorang pun, tak de lah minat-gila-tahap-giga tau. Ni sebab, aku baru je start berkecimpung nak minat diorang. So, masih waras lagi lah. Haha. Tapi jangan risau, biodata abang dua orang tadi tu, aku dah hafal dah mana yang patut :) So, sekian~

Pssst:Jangan tanya kenapa saya tak adore gila kat Zayn Malik. Sebab..dia tak secomel Niall dan Liam lah X) !
Lagi satu, saya bangga dengan kejayaan grup anak muda ini yang dapat melebarkan sayap mereka ke seluruh         dunia :D


Semad. Oh! 1D ~


Agagaga. Kiut-kiut belaka!

OMG! Cantiknya! Mahu ~
"Flying Start" ... to love you. Haha!
Op..op..op..oppa saranghae!




Thanks for reading, dear :')

Tangan menaip kepunyaan Unknown at 01:40 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

1 December 2012

Follow Sahaja :)

Assalamualaikum :) Salam Sejahtera :) Salam 1Malaysia :)

"Do you have instagram?"

Heyy, now nak buat entry pasal webpage ni ; INSTAGRAM . Tahu tak benda alah apa tu? Haa, kalau tak tahu. Mehh dengaq aku nak cakap. Instagram ni satu application 'snap picture > edit sikit > share kat laman sosial, misalnya Twitter ke Facebook ke atau e-mail.

Application ni korang boleh install ANDAI-KATA korang empunya gadjet yang mempunyai Aplikasi Android sahaja. Hanya itu je tau. Tapi, kalau korang ada aplikasi Apple pun, boleh jugak. Yang penting, salah satu daripada mereka lah kan. Jadi.....mohon diberi perhatian semua M  Kepada sesiapa yang ada instagram tu, follow-follow lah itew erh :D *wink . Aku baru je buat semalam account tu...hehe! Ada kawan berapa kerat dan potong je. Sedihhh tau T_T . 

Jadi, minta jasa baik korang jadi peneman kita yek. Jangan risau..kita follow balik. Aku nih bukan artis main tak follow - tak follow segala bagai. Aku ni hanya hamba Allah yang peramah je. Ahaks! 

Kalau nak tahu nama akaun aku : inashflop . "Huruf kecik semua. Rapat-rapat" . Kalau susah, click je button kat sebelah post ni haa......

Pastu, kalau rajin, mention lah kat aku bahawa korang dah follow. Senang sikit makcik Inash ni nak follow balik k :) So... that's all my pengunguman.

Ni namanya - Account aku. Ha tenok ! Bape kerat je kawan :(

Bye dan Wassalam J



Npssssstt : Tahniah buat #HarimauMalaya ! C
Ngaummmm ~

Thanks for reading, dear :')

Tangan menaip kepunyaan Unknown at 07:31 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)




I'am SleeQmovement

Jejak Kasih Sayang

Let's find me !

Instagram

Wishing for...

11A+ SPM
LOVE
KERJA-II AMAL
TAK STREAMING '14

Blog Archive ®

  • ►  2013 (4)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2012 (33)
    • ▼  December (6)
      • Ending 2012 :)
      • Bukak Sekolah Dah?
      • Perasaan Beliau?
      • Result ooo Result
      • Group Kesayangan Terbaru :p
      • Follow Sahaja :)
    • ►  November (9)
    • ►  October (6)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)

Feedjit

Ohhsem Bloggie

  • BEN ASHAARI
    Tips hilangkan lemak badan secara mudah !
    1 day ago
  • ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !
    Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 34 #AJL34
    5 years ago
  • Yuyu Zulaikha
    Makeover Ruang Tamu Raya Baru
    6 years ago
  • Fatin Liyana
    Cara Atasi Susu Badan Terlalu Banyak (How to overcome oversupply of breast milk)
    6 years ago
  • .
    PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
    10 years ago
  • ! @BloggerBlogTutorial@ !
    Hasil karya ku kena delete
    12 years ago

Hello peeps !


✈ OWNER

Unknown
View my complete profile

ASK.fm :)™

↓F.R.I.E.N.D.S↓


"laugh for a better day"

This is my way. Alhamdulillah
Daisypath Vacation tickers

Let's Sing !

Superman Logo
inashatelove. Powered by Blogger.

sponsor by The.Fabulous

the
Powered By Blogger