1 July 2012

GO SPAIN !!

Assalamualaikum (salam bersambut)

YEAHHHH! belum pape lagi aku dah nak menjerit. SEPANYOLLL !!!..
Ha.Kalau dah menjerit nama Sepanyol time-time tengah hangat EURO ni, tak lain tak bukan nak share perasaan gumbira dengan kemenangan Spain lah kan. Dia menang! Dia memang dah buat hati aku tertawan dari dulu lagi. Sayanggg ♥ kau La Roja!

Betul jugak eh tekaan aku yang mengatakan Spain memang akan merangkul juara untuk EURO 2012 ni. Ceh! ala-ala nujum pak belalang gitu..

HAHAHA! nak ketawa besar pun ada gak bila dipikir-pikir balik. Kita sangat bersemangat dan berie if Spain menang. Macam kita pulak yang mengerah keringat bermain di padang,kan?
Padahal tengok tibi jep. Tapi.. berie tu mengalahkan coach. Cuak tu mengalahkan Iker Casillas yang berjaga-jaga di gawang gol. Sangat pelik. Tapi inilah yang terjadi sekarang. Tak kiralah team ape sekali pun. Memang fans akan lonjak ter-over gumbira..

  Aku pun macam tu jugak. Even perempuan, itu tak halang aku nak minat and tonton bola sepak kan?. Lelaki kena faham, pemain macam Torres, John Terry, Lahm, Van Persie tu memang boleh buat kaum hawa cair tahu tak. Jadi, memang tak pelik kalau perempuan yang terlebih minat dengan sukan bola sepak mengalahkan lelaki, kan ?

Okeyy, cakap pasal SEPANYOL. Mereka telah tibai Itali habis-habisan : 4-0 . Woooo! Memang tabik tuing-tuing lah kat depa. Superb....terbaikk!! =D

2.45 am waktu Malaysia, 2/7/2012 sepak mula Euro 2012 Final bermula Spain vs Italy sangat tidak mengecewakan aku. Tak sia-sia jadik burung hantu satu malam. Semuanya sebab nak tengok Sepanyol, dan akhirnya.. MENANG!

kejuaran yang digalas :)
Amboih camera....

Ouch! so sweeett~ (Torres with his family)

Go Iker Casillas !

YEEEAAAHH one more time!

Thanks for reading, dear :')

Mengingati : Doa Ibu Bapa

Assalamualaikum.
10:28 pagi


    " Allah hummaghfirli zunubi waliwali daynah, warhamhuma kama robbayani soghiro " 

Masih ingat lagi doa apakah ini? Harap-harapnya, takkan pernah lupa lah akan doa untuk kedua ibu bapa kita. Doa ini sangat penting bagi seorang anak untuk dihadiahkan kepada orang tua mereka. 
Seperti yang semua orang tahu.. Apabila kita mati nanti, akan terputusnya semua perkaitan kita di dunia melainkan 3 perkara iaitu

1.amalannya
2.amal jariahnya
3doa anak yang soleh

Pasti kita sebagai anak menginginkan yang terbaik buat kedua orang tua kita kan? Ya, tentunya. Jadi sekali lagi ditekankan di sini bahawa doa tersebut sangatlah penting.

Kadangkala kita terfikir juga, walaupun sebaik mungkin kita melakukan sesuatu perkara itu, mesti terselit juga perkara yang tak diingini. Contohnya... " Ahmad study tiap-tiap hari, tiap-tiap masa. Nak kata ibadahnya dengan Allah pun, dah sempurna. Akhlaknya pun baik. Tetapi dia masih tidak sebegitu cemerlang dalam peperiksaannya. Kenapa? ". Kenapa........
Sebab, Ahmad tak menghadiahkan doa utuk ibu bapanya. Lihatlah! betapa besarnya penangan doa ibu bapa ni. 
Lagi satu, kebesaran doa ini terbukti apabila.... " Kalau malas sangat nak berdoa lepas solat, baca doa untuk ibu bapa pun dah memadai ". Ulang balik : baca doa untuk ibu bapa pun dah memadai!. 
Oleh itu, jangan sesekali tinggal untuk berdoa untuk mereka. Biarlah kita tak baca doa panjang-panjang sebagaimana imam masjid negara membaca. Biarlah tak bertaranum sebagaimana perawi-perawi qiraat. Tapi  dengan hanya membaca doa sebaris itu pun dah cukup .

1. Berdoa seorang diri
 Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil.





2. Anda menjadi imam bagi adik beradik anda (seibu sebapa) sahaja
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (adik beradik), dan (dosa)kedua ibubapa kami, dan rahmatilah keduanya sepertimana keduanyamendidik kami pada waktu kecil.




3. Anda menjadi imam orang lain.

Termasuklah kalau anda mengimami solat bersama keluarga sendiri yang terdiri daripada anda, isteri dan anak-anak anda. Apatah lagi kalau anda adalah imam di masjid atau di khalayak ramai.

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (semua), dan (dosa) keduaibubapa-ibubapa kami, dan rahmatilah kedua-dua mereka sepertimana mereka mendidik kami pada waktu kecil.

Pesanan saya di sini kawan-kawan, janganlah sesekalipun kita lupa untuk mendoakan mereka. Sesungguhnya syurga kita di telapak kaki ibu.
Jika lupa, kembalilah menghafalnya serta mengamalkannya..

Sekian, Terima kasih,syukran for the reading! :D
Semoga kita menjadi anak yang soleh dan solehah, InsyaAllah.

Thanks for reading, dear :')

acc. inasHlovate : mana kau?!

Assalamualaikum.

Tepat pukul 15:44, Ahad, 01.07.2012 aku ingin berkongsi rasa duka yang tercipta untukku. APE??. Mesti nak tahu perkara apa yang telah meragut rasa gembira dari hati ni lari. Tapi sebelum tu.... nak nangeh puas2 dulu! HWAAAAGGHHHH. SOB.. SOB... SOB.... !!

Okey, setelah kian stabil, nak mula lah bercerita ni.

********************************************************************************
...... satu ayat....
"sorry! your username/account or password do not match"
................................................
ayat pada wall sign-in TWITTER. 

Ohhhh damn! Bayangkan perasaan? Nak menjerit bin nangis kan? Macam ni lah yang aku rasa sekarang. Sesungguhnya kebahagiaan niat nak bukak twitter account telah diganggu-gugat oleh ayat tadi; ayat yang membawa maksud "maaf. akaun twitter awak dah tak boleh bukak!" . Mencemar duli betull !
Jadi sekarang, secara rasminya SYAFINAZ dah tak punya akaun twitter. kalau nak, buat baru. Adushhh, tersangatlah malas aku nak buat baru, nak kumpul followers lagi dah sekian hal. Saya nak akaun twitter saya balik! *menangis. menangis. dan terus menangis.
Sampai hati twitter buat aku macam ni?! ter-over sedih ni tahu takkkkkk !!!!

p/s: Jadi kepada rakan tersayang, mintak maaf sebab kita dah tak boleh nak buat sweet2 kat twitter taw. maaf sangat. 
Sekian, luahan perasaan. Trimas diucapkan kepada siape2 yang baca.

  over-all : perasaan yang sangat sedih! :(
Thanks for reading, dear :')