10:28 pagi
" Allah hummaghfirli zunubi waliwali daynah, warhamhuma kama robbayani soghiro "
Masih ingat lagi doa apakah ini? Harap-harapnya, takkan pernah lupa lah akan doa untuk kedua ibu bapa kita. Doa ini sangat penting bagi seorang anak untuk dihadiahkan kepada orang tua mereka.
Seperti yang semua orang tahu.. Apabila kita mati nanti, akan terputusnya semua perkaitan kita di dunia melainkan 3 perkara iaitu
1.amalannya
2.amal jariahnya
3doa anak yang soleh
Pasti kita sebagai anak menginginkan yang terbaik buat kedua orang tua kita kan? Ya, tentunya. Jadi sekali lagi ditekankan di sini bahawa doa tersebut sangatlah penting.
Kadangkala kita terfikir juga, walaupun sebaik mungkin kita melakukan sesuatu perkara itu, mesti terselit juga perkara yang tak diingini. Contohnya... " Ahmad study tiap-tiap hari, tiap-tiap masa. Nak kata ibadahnya dengan Allah pun, dah sempurna. Akhlaknya pun baik. Tetapi dia masih tidak sebegitu cemerlang dalam peperiksaannya. Kenapa? ". Kenapa........
Sebab, Ahmad tak menghadiahkan doa utuk ibu bapanya. Lihatlah! betapa besarnya penangan doa ibu bapa ni.
Lagi satu, kebesaran doa ini terbukti apabila.... " Kalau malas sangat nak berdoa lepas solat, baca doa untuk ibu bapa pun dah memadai ". Ulang balik : baca doa untuk ibu bapa pun dah memadai!.
Oleh itu, jangan sesekali tinggal untuk berdoa untuk mereka. Biarlah kita tak baca doa panjang-panjang sebagaimana imam masjid negara membaca. Biarlah tak bertaranum sebagaimana perawi-perawi qiraat. Tapi dengan hanya membaca doa sebaris itu pun dah cukup .
1. Berdoa seorang diri
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
2. Anda menjadi imam bagi adik beradik anda (seibu sebapa) sahaja
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (adik beradik), dan (dosa)kedua ibubapa kami, dan rahmatilah keduanya sepertimana keduanyamendidik kami pada waktu kecil.
3. Anda menjadi imam orang lain.
Termasuklah kalau anda mengimami solat bersama keluarga sendiri yang terdiri daripada anda, isteri dan anak-anak anda. Apatah lagi kalau anda adalah imam di masjid atau di khalayak ramai.
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (semua), dan (dosa) keduaibubapa-ibubapa kami, dan rahmatilah kedua-dua mereka sepertimana mereka mendidik kami pada waktu kecil.
Pesanan saya di sini kawan-kawan, janganlah sesekalipun kita lupa untuk mendoakan mereka. Sesungguhnya syurga kita di telapak kaki ibu.
Jika lupa, kembalilah menghafalnya serta mengamalkannya..
Sekian, Terima kasih,syukran for the reading! :D
Semoga kita menjadi anak yang soleh dan solehah, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment