Tarikh : 7 Julai 2012
Tempat : Muara Beach Resort, Kuantan Pahang
Pelajar : 41 orang
Guru pengiring : ??
Hehehe. For this post, I want to share my experience along my school's journey.
Okey, pada awal bulan hari tu, sekolah aku ada buat satu rombongan ke Muara Beach Resort. Bukan semua pelajarlah yang pergi. Yang terpilih sahaja. Ceh! As a result 9A-5A for PMR. 11A-3A for SPM. Aku pergi. So, lepas ni nak panggil aku budak terpilih pun takpe. Memang pon. Heeee =))
Back to the journey, sebenarnya pergi 2 hari 1 malam sahaja. Takde lama mana pun. Aku pun bawak baju ce-nonet je. Bawa laguage kongsi dengan Dayah. Satu idea yang bernas kan?
Mula-mula, kitorang pergi melawat Sultan Abu Bakar School yang terletak di Kuantan. Tak tahu? Kalau tak tahu silalah bertanya pada Mr.Google ek. Pengetua bawa kitorang melawat sekolah ni, sebab sekolah ni antara sekolah yang tiptop, tak kira akedemik, kokurikulum or wat-so-ever. Tengok sekolah ni pun kagum. Sebab bangunannya semua cantik-cantik, result pun ohsemm ! Just hopping my school will be like this yaw :)
di SABS |
look tu, sempat snap dengan novelis, Shah Bakri |
Next, dalam pukul 3.00 petang tu, kitorang check-in lah. Title 'bertuah' untuk aku bertambah lagi sebab aku dapat sebilik dengan geng aku. Lima orang satu bilik. No more doubt, memang seronok. Tapi sayangnya, bilik aku menghadap jalan bukan pantai... :( (naik berpinar mata tengok jalan tiap hari)
Lepas kemas-kemas barang, solat, bersiap, kitorang pi main pantai. Acah-acah kaki je sebab cikgu tak bagi mandi pandai. Alasan sebab takut air naik. Naya pihak sekolah kang kalau ada pelajar lemas. Ye dak?? : Tangkap gambar, tangkap gambar, tangkapa gambar lagi. Tu jelah aktiviti sepanjang petang tu. HAHA! gila gambar kan ??
yah! tengok siapa lompat paling semad :) |
saranghae ! peminat korea, Inash & Zariha |
nampak ?! guru-guru sibuk memasak |
hasilnya... |
Start pukul 6.00 petang, cikgu-cikgu dah sibuk bertumgkus-lumus siapkan makan malam : MAKAN BBQ. Awww! Seronoknya bunyi....
Bertambah-tambah sedapnya lagi BBQ tu sebab ada dua orang cikgu ensem tolong sekali. Kekeke :) Cikgu praktikal kat sekolah kitorang. Memang petang tu aku tengok cikgu-cikgu busy giler lh. "Sibuknya cikgu-cikgu kita.Aku rasa kalau kita hilang pun cikgu tak perasan kan?"
Maka, selepas lahirnya ayat itu dari mulut salah seorang sahabat aku, kitorang terus buat perancangan pi main jauh-jauh a.k.a. jalan-jalan kat area SUKMA. Almaklumlah kan Pahang jadi tuan rumah SUKMA tahun ni kan. Demi mencari sedikit pengalaman, kitorang pi lh kat area-area SUKMA. Time tu tengah ada permainan kapal layar.. Amazing! Teruja betul masa tengok secara live tu... (nampak sangat tak pernah tengok SUKMA) Tapi lepas balik tu, aku adalah tolong-tolong sikit cikgu memasak lepas habis bermain. (tolong bukak penutup tin sardin je ponnn) :P
Malam hariiiii - Acara kemuncak. Cewwahh !! Okey, time ni lah kitorang makan BBQ. Ada sardin goreng, telur goreng, sayur kobis pun ada. Makan dengan nasi. Even lauk biasa je, tapi jadi terlalu sedap pulak sebab ada kawan-kawan. 'Friends like candy' . Macam tulah istilah untuk mengatakan kawan is too value to us. Makan sambil snap-snap gambar. Lepas tu, dengar ceramah motivasi khas dari ketua warden kitorang , Cg. Yusri dan tak lupa pengetua pun turut bagi kata-kata semangat untuk kitorang. Terima kasih cikgu !
Nyum-nyum. Too sedap ! |
Kat sana tak sah kan kalau tak mandi kolam. Jadi, aktiviti kitorang lepas 11.30 tu, mandi kolam ! Takde dalam schedule pun, dak ni je yang menggatal nak mandi sangat. Aku just tengok-tengok je. Tak mandi.... Tak suka! Dan, sempatlah juge aku jadi burung hantu malam tu sebab tido pukul 3.00 pagi. HAHA! Nasib tido jugak..
Pagi esok tu (last day) hari aku lengkap diisi dengan aktiviti senaman pagi and aktiviti berkumpulan. Di-handle oleh dua guru muda lagi kacak. =D semangat aku........
Aktiviti pagi tu.. memang ohsemmm dan sangat best. Ulang; SANGAT SERONOK!
Macam-macam kitorang main taw.... Next, lepas habis aktiviti cikgu bagi green light untuk mandi kolam. Sekali lagi, budak-budak ni mandi tak ingat dunia sambil tunjuk skill lompatan masing-masing. Haiyyya, apalah.....
Dalam pukul 12 lebih tu, kitorang pun check-out. Wuuu..wuu... sedihnya nak tinggalkan Muara...
Sebelum bertolak sempatlah jugak buat sesi fotografi sebagai kenang-kenangan :))
SNAP! tu pun ada yang belum sedia. |
Sesungguhnya percutian kali ni , lagi sekali percutian yang sangat best dan betul-betul release tension. Tengkiu ye buat cikgu-cikgu dan kawan-kawan. "Muara beach Resort, kami tinggalkan 1001 kenangan kami bersama kamu !!"
Huh, I'm felt very glad after wrote this entry :D . Thanks for reading !
No comments:
Post a Comment